Rabu, 4 Julai 2012

MASALAH BERKAITAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEI 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Mulai 4 Julai 2012 sebarang aduan berkaitan keputusan atas talian Peperiksaan Mei 2012 hanya akan diambil tindakan oleh Unit Peperiksaan selepas 13 Julai 2012. Buat masa ini Unit Peperiksaan akan memberi tumpuan terhadap persiapan Majlis Konvokesyen Julai 2012 bagi program-program KPLI dan KDPM. Walau bagaimanapun para pelajar masih boleh membuat aduan di pejabat Unit Peperiksaan dalam tempoh yang berkenaan. 
Harap maklum.

Selasa, 3 Julai 2012

RALAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DPLI DAN PISMP AMBILAN JAN. 2010

Terdapat sedikit kesilapan teknikal dalam keputusan peperiksaan program DPLI dan PISMP Ambilan Januari 2010. Para pelajar boleh mencetak semula transkrip keputusan Peperiksaan Mei 2012 pada 4 Julai 2012 untuk keputusan peperiksaan yang telah dikemaskini. Pihak UPPP memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.